Friday, November 13, 2009

Motivation 5: Marah Ibarat Api

Dalam hidup saya, saya ada beberapa rakan yang saya ibaratkan sebagai pandai menunjukkan emosi. Apabila mereka dalam keadaan marah, anda dapat melihat perubahan pada wajah dan juga perbuatan mereka. Muka akan bertukar menjadi merah padam, kata-kata pula agak tegas dan wajah nampak garang. Tapi jika keadaan mereka dalam mood baik, lain pulak jadinya. Mereka menjadi peramah, bermotivasi, periang, dan kata-kata mereka membuatkan anda jadi bersemangat. Kadang-kadang melihat wajah pun sudah cukup untuk merasa tenang.

Orang sebegini ada baiknya. Melalui perlakunya, orang sudah dapat mentafsir akan sikap dan peribadinya. Jadi, orang tidak akan melakukan apa yang menyebabkan dia marah, kecil hati atau terguris. Buruknya, orang sebegini boleh merubah keadaan dari ceria, gembira kepada sedih. Cuba bayangkan kalau dalam meeting, tiba-tiba dia beremosi , sudah pasti orang akan diam dan hilang semangat untuk bercakap dan memberi idea-idea yang bernas sebab rasa down.

Saya pulak, dalam apa-apa keadaan pun masih boleh tersenyum(tersengih). Saya mampu senyum dalam keadaan gembira, sedih dan marah. Kadang-kadang saya marah tapi orng tidak sedar sebab kebiasaannya tersenyum dan menggunakan ayat-ayat sindirin untuk meluahkan rasa marah.

Orang yang marah sebenarnya gagal mengawal emosi. Dia membiarkan emosi mengawal dirinya, yang sepatutnya dikawal oleh akal.

Saya yakin anda tentu pernah menghadapi keadaan dimana dimarahi orang. Dalam keadaan begitu apa yang anda lakukan. Sudah tentu anda juga berasa geram dan mahu melepaskannya.

Orang marah kat kita sebab dia nak lepas geram yang dah lama tersimpan. Mungkin dia geram pada perkara-perkara tertentu dalam hidupnya yang langsung tiada kaitan dengan kita. Geram dia yang dulu, dia bawa ke masa sekarang.Dia simpan rasa geram tu lama-lama. Jadi, bila ada peluang untuk marah, dia lepas. Geram yang dulu dan geram yang disebabkan oleh anda sekarang dia kumpul semuanya, pastu dia lepas sekaligus kepada anda, seperti gunung berapi yang baru nak meletus. Panas, hangat, menyakitkan.

Sebaiknya jika anda dimarahi orng lain, diam, tenangkan hati dan fikiran anda. Tarik nafas dalam-dalam. jangan respon pada kemarahan tu, jangan balas balik dan jangan layan lama-lama.Jangan biar emosi mengawal anda, tapi andalah yang mengawalnya. Biarkan orang itu bercakap dan melepaskan kemarahannya. Biarkan dia habis bercakap. Setelah itu, baru anda buka percakapan. Jika anda bersalah cepat-cepat minta maaf dan katakana anda sedia menerima apa saja hukuman. Tapi, janga risau, manusia sifatnya agak lembut. Kata-kata lembut anda akan menghilangkan rasa marahya. Dia akan merasa bersalah kerana bertidak kasar kepada anda padahal anda tetap cool dan bercakap dengan penuh hormat.

Marah ibarat api. Jika orang marah, anda jangan membalas dengan perkara yang sama. Jika itu ynag anda lakukan , anda seolah-olah menyemarakkan lagi api. Akhirnya, jadilah tindakan yang balas membalas yang mungkin berkesudahan perkara yang tidak diingini.

::Faizalkhamis
::5:51 pm
::Thursday, November 13, 2009

Thursday, November 12, 2009

Motivation 4: Mensyukuri Nikmat Allah

Tinggal satu semester lagi sebelum saya menanamatkan pengajian di universiti. Sejujurnya, sewaktu remaja, saya tidak sangat pun mengimpikan akan ke menara gading seperti sekarang. Dengan keadaan hidup yang agak sempit, memang keluarga langsung tidak mempunyai simpanan.Pendapatan dari tuaian padi setiap musim, setelah ditolak hutang piutang, yang tinggal hanyalah cukup sebelum bermulanya tuaian yang seterusnya. Tapi,atas usaha ibu yang tidak pernah putus usaha mencari wang untuk anaknya,untuk memastikan masa depan cerah yang walaupun dia mungkin tidak dapat menikmatinya, maka dapatlah juga saya menimba ilmu di ‘taman budi dan ilmu’.

Apabila saya memikirkan apa yang terjadi, saya ketawa keseorangan. Dari seorang lelaki yang tidak tahu banyak perkara dalam hidupnya, kini segalanya telah banyak berubah. Barangkali, inilah yang dikatakan nikmat Allah.

Sebagai manusia, tiada apa yang lebih penting dari mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Itulah yang akan membawa ketenangan dalam hidup.Biar apa pun sisi kekurangan yang anda miliki, pasti ada keistimewean-keistimewaan yang Allah berikan yang membawa kepada kesyukuran. Anda mungkin tidak kaya, tapi anda dihormati, mempunyai hubungan baik dengan orang lain, mempunyai ramai kawan. Anda mungkin tidak terkenal tapi hidup anda tenang, dikurniakan isteri dan anak-anak yang soleh. Anda mungkin tidak sepandai orang lain tapi anda tahu anda telah berusaha dengan sebaiknya untuk mendapatkan ilmu dan and redha dengan ilmu yang diberikan. Biar sensara mana pun hidup anda, bersyukurlah dengan kehidupan yang ada adalah nikmat yang paling padat.

Melahirkan rasa syukur
Untuk betul-betul merasai syukur bukanlah selalu yang mudah. Saya sendiri pun sudah lama untuk cuba betul-betul merasa bersyukur dengan kehidupan yang dilalui. Ia bukan mudah, terutama apabila saya membanding hidup saya dengan orang lain, membayangkan bagaimana rasanya mendapatkan apa yang sepatutnya manusia normal dapat, ketengangan dan kegembiraan. Tapi, saya selalu katakan pada diri saya, seteruk mana pun hidup dan apa yang dirasa, tiada ruang untuk melepaskn diri dari kehidupan melainkan jika saatnya tiba. Hidup hanya perjalanan menuju ke dunia yang lain. Mahu tidak mahu perlu diteruskan dengan penuh kesabaran.

Pertama,mengetahui nikmat Allah
Walaupun sengsara mana pun hidup, anda sepatut sudah dapat melihat nikmat yang Allah telah anugerah. Paling utama tentulah kehidupan. Apabila anda bangun pagi anda bersyukur kerana masih mampu menyedut udara segar. Masih diberi peluang untuk beribadat ,menyediakan bekal buat dunia yang akan datang. Anda masih mempunyai ibu bapa untuk berlindung,mempunyai kawan untuk bercakap dan berkongsi cerita, mempunyai isteri yang sentiasa menemani hidup dan anak-anak yang menyenangkan hati.

Jika anda gagal untuk mengenal nikmat Allah, sudah pasti rasa kesyukuran tidak akan hadir dalam diri. Anda sentiasa merasa sedih dan tertekan denga kehidupan. Anda merasakan Allah memberikan kesengsaraan dan kesusahan sahaja. Akhirnya, anda hidup dalam keadaan kemurungan ,kesedihan dan tidak bahagia. Untuk mengenal nikmat Allah, tanyalah soalan-soalan ini kepada diri anda;

Adakah aku sekarang mempunyai cukup makan, dapat membekalkan isteri dan anak-anak dengan tempat berlindung, pakaian dan makanan?

Adakah hari ini aku mempunyai kesihatan yang baik untuk aku mencari ilmu dan berkerja?

Adakah aku mempunyai rakan-rakan yang dapat berkongsi cerita dan masalah?

Pernahkan aku ditimpa masalah yang dahsyat tapi kemudiannya merasakan pertolongan Allah terhadap masalah itu?

Adakah aku merasakan ketenangan selepas kehadiran seorang suami/isteri yang betul-betul memahami diri ini?

Jawapan kepada soalan-soalan tersebut akan membawa kepada kesedaran betapa begitu banyak nikmat yang Allah berikan, bukan kerana anda tidak tahu tapi kerana lalai, selalu sahaja membandingkan hidup anda dengan hidup orang lain yang lebih baik.


Kedua, Nikmat Allah Sentiasa ada
Malam itu ketika enak menjamu selera, saya didatangi rakan baik yang sudah lama tidak jumpa. Dahulunya,kami pernah berusrah bersama dan berkongsi minat yang sama, iaitu membaca. Kami bercerita tentang seseorang yang sudah pun habis belajar dan kini telah berkerja dalam bidang yang bukan dipelajari walaupun dia merupakan antara pelajar terbaik. Kata rakan saya,itulah rezeki tuhan. Ada dimana-mana. Ramai sahaja orang yang tidak baik kelulusannya tapi mampu mendapat kerja yang baik.

Mengerti yang nikmat tuhan sentiasa ada bermakna kita sentiasa tahu yang kelak Allah akan memberikan apa yang kita kehendaki jika kita terus berusaha dan bersabar. Setiap kali anda gagal mendapatkan apa yang dikehendaki,jangan mengiyakannya sebagai kegagalan tapi ia adalah sebahagian kepada jalan ke arah nikmat Allah. Jika anda berfikiran negatif,ia akan menjadi penghalang antara anda dan nikmat Allah. Sentiasa berfikiran positif dan sabar dalam mendapatkan nikmat Alllah. Insya-Allah, ia akan datang.


Ketiga, menggunakan nikmat sebaik mungkin
Apabila orang menceritakan tentang betapa gembiranya keluarga mereka, saya hanya mendiamkna diri. Tidak banyak benda gembira tentang keluarga yang saya boleh ceritakan. Setiap kali itu jugalah, saya bertanya,bagaimana perasaan jika saya berada kedudukan mereka?setiap kali habis exam mereka pulang penuh dengan kegembiraan.

Dalam banyak hal, kita akan sentiasa merasa dahaga jika kita tidak punya apa yang orang lain ada. Tapi setelah kita mendapatkannya, adakah kita betul-betul menunjukkan syukur dengan menggunakan dan menghargainya sebaik ynag mungkin?

Jika anda mempunyai peluang untuk belajar, gunakanlah sebaik mungkin sementara ia masih ada kerana masih ramai manusia-manusia yang mahu belajar tapi tidak punya peluang. Kesihatan yang ada hari ini gunakanlah untuk berkerja dengan tekun dan kuat untuk masa depan, kerana siapa tahu esok lusa anda mungkin terlantar sakit diatas katil.

Sebenarnya, saya melihat kita sebagai manusia sentiasa tidak menggunakan nikmat Allah sepenuhnya. Mungkin ini disebabkan kita alpa atau kurang faham dengan apa yang Allah mahukan dari kita. Jika kita sedar dan meggunakan nikmat itu sesuai dengan kehendak Allah, insya-Allah, nikmat itu akan bertambah dan kita akan merasa tenang dengan apa yang diberi.

Saya akhiri dengan mutiara kata, rasanya dari Iman Ghazali:

Kesusahan kalau dihitung-hitung akan bertambah, tapi kalau dilupakan akan terus hilang

::Faizalkhamis
::10:22 pm
::Thursday, November 12, 2009

Sunday, October 11, 2009

Motivation 3:Quotes

Situation 1
I was in the café with my two international friends. I talked to one of them while another one was ordering the food. I said;
“You know man, I’m happy of leaving this university next semester, but I will leave without the happy ending. I’m not happy with my academic, family and social life. Everything that I have planned just went wrong”

Then,he replied;
‘You know man, if I’m telling you my life when I was in my country, you will cry. You see our Palestinian friend,Mahmoud, he went through the worst life than me. You have better life than us. Just say ALHAMDULILLAH”
It was really touched my heart. I wish this kind of friend will always be here, next to me.

Situation 2

It was on the second Eidulfitri. I had a short conversation with my mom;

“Mom, sometimes I feel very unlucky. I try not to think about it but still when I come back, I will remember the entire thing that happen in the past and still continue until now. I’m return home without feeling happy. I really don’t know what I should do anymore”.
My mom smiled, I look directly to her wrinkles face. Then, she said;
“You know, for you to enter the university and acquired knowledge is the lucky enough. Don’t you think so my dear son?”
I stuck. My heart was crying and I regret for the word that I had said.

Situation 3

I got two supervisors for my project this semester. My co-supervisor, Dr. Waleed always gives me these motivational words every time I meet him;
“You should care yourself more than anybody care of you”.
This quote makes me feel more responsible toward myself and in everything I do.
Then, I asked myself , “do people care who I’m?”

::Faizalkhamis
::6:42 pm
::Sunday, October 11, 2009

Thursday, October 1, 2009

Kalau Mencari Permata

Bayangkan ada seorang pembeli ingin membeli sebutir permata yang paling berharga. Yang pasti oleh sebab permata tersebut amat berharga dan ramai yang berkehendakkannya, maka harga yang diletakkan adalah tinggi dan mana-mana pembeli haruslah mempunyai wang secukupnya untuk memiliki permata yang berharga itu.

Apabila pembeli tersebut ke kedai permata,didapati ada tiga permata dengan diletakkan dalam keadaan yang berbeza. Masing-masing disimpan di dalam kotak, dalam cermin kaca dan di atas meja secara terbuka.

Permata yang di dalam kotak itu barangkali yang paling bernilai dan harganya tentulah tinggi kerana sudah pasti, yang di dalam kotak adalah yang paling cantik, dan sangat istimewa sehinggakan pemiliknya meletakkan permata tersebut di dalam kotak. Tujuannya agar jangan ada sesiapa menyentuh permata tersebut kecuali mereka berhak dah sudah memilikinya. Permata tersebut tidak boleh dipertontonkan sewenang-wenangnya kerana ianya sangat bernilai. Seandainya setiap mata dengan percuma boleh melihat kecantikan dan kehalusan permata tersebut, mungkin nilai yang ada padanya akan jatuh dan sama dengan permata yang dipamerkan dalam cermin kaca pameran.

Permata yang kedua pula disimpan di dalam kaca pameran.Walaupun tidak boleh disentuh tapi masih boleh dilihat kecantikannya.Nilainya mungkin masih tinggi, tapi mana mungkin akan sama nilainya dengan permata yang disimpan di dalam kotak. manusia dengan mudah dapat meneliti dan memerhati permata tersebut sesuka hati seberapa lama dikehendaki.Dan yang membuatkan permata ini kurang nilainya ialah mana-mana manusia sudah boleh menilai dan memberikan komen berkaitan mutu permata ini, kerana ianya bebas untuk dilihat. Dan bagi yang ingin memiliki permata ini, keistimewaan permata itu sedikit sebanyak sudah hilang kerana semua orang sudah pernah melihatnya dan mengetahui akan mutunya. Yang istimewa hanyalah kerana belum ada sesiapa yang telah menyentuhnya.

Permata yang ketiga adalah yang paling rendah nilainya kerana ia hanya diletakkan di atas meja. Jadi, manusia bukan sehaja boleh melihat tapi menyentuh seberapa yang banyak yang dikehendaki.Permata itu semakin lama semakin hilang seri dan nilainya lantaran sudah semakin ramai yang memegang dan memerhati kualitinya. Amat malanglah pada pemilik permata itu yang dengan senang membiarkan permatanya terdedah kepada orang ramai walhal ianya perlu dipelihara dengan sebaik yang mungkin.


Saya tidak pasti yang mana satu pilihan anda tapi pada saya yang pertama itulah yang terbaik. Oleh kerana diletakkan dalam kotak, maka tiada manusia yang pernah melihat untuk dinilai dan ia terjaga dari pandangan manusia yang bukan pemiliknya. Tapi mahu memiliknya bukan sesuatu yang mudah, kerana pembelinya perlu mempunyai sifat-sifat tertentu supaya agar kecantikan dan kesuciannya terjaga sampai bila-bila dari pandangang orang lain apabila mejadi miliknya kelak.


Permata yang paling mahal pernah dicatatkan di dunia ialah Chopard Blue Diamond Ring bernilai $16.26 juta. Ianya mempunyai 18 karat emas putih dan setiap satu karat berharga $1.7 juta .Permata yang saya maksudkan diatas adalah permata yang tidak bernyawa dan biasanya menjadi idaman wanita-wanita sebagai hiasan dan hanya yang berwang sahaja mamapu memilikinya lantaran harga yang mahal.

Tapi fikirkanlah pula permata yang lain yang saya ingin maksudkan…

Walaupun kadang kala hanyalah dibayar(bukan dibeli) beberapa ribu untuk memilikinya, tapi itu tidaklah setimpal dengan kebahagian seumur hidup yang akan diberikannya kelak. Dengan kasih sayang dan ketenangan yang diberikan kepada pemiliknya dalam mengharungi hidup bersama.

Pemiliknnya pula bukanlah sangat perlu berwang berjuta-juta tetapi apa yang lebih penting adalah sifat-sifat yang mulia, yang dapat menjaga permatanya dengan sebaik mungkin agar ia terus menyinari hidupnya…

Sesungguhnya, dunia ini memang indah, dan seindah-indah hiasan adalah kerana adanya ‘permata-permata’ yang taat kepada pemiliknya yang SEBENAR.


Fikir-fikirkan……


::Faizalkhamis
::10.05 am
::Thursday, October 01. 2009

Friday, September 11, 2009

Trouble…in Trouble[Version 2:Updated]

My mind is cloudy
My soul is empty
My heart is broken
My life is in chaos
My faith is shaken
My motivation is down
The road that I’m going through is stick
The mountain that I’m climb is high

I walk on the lonely road
No one standing by my side
No one to hold

Sometimes,
I’m afraid of myself Afraid
if I’m loss my life
Loss what I’ve before
At the moment where my dreams Still in the sky
Far away to reach
Far away from my hand to grab

Like the lonely man in the desert
Who walk around
Search for water
To heal the thirsty
The same thing goes to me
Sometimes, from far away
I could see water
In the middle of sand land
But when I come close
It’s nothing there
Its just deception
And again and again
I regret,depressed, sad
And my searching will still continue.

Sometimes
I felt really tired
Tired
For searching something I called happiness
Tired
For not be able to find it
Tired
For being sad and depressed
Tired
For being thinking of people’s life
Tired
For question my own life.

When I got depressed with my worldly life
And it’s contents(People)
I ask myself
Where should i go?
To find happiness
In the world fill with hatred
Where should i do?
To heal this torture heart
In the life full of Sad.

There’s nothing , nothing much

I just could lied on the bed
Close my eyes and sleep
And wish
If this sleep could be forever
Afraid if i might loss my faith
If i’m fail again in the future.

Trouble….i’m really in trouble

Certainly I know
I just need keep in my mind
In what ever I do
Where ever I go
Allah is always with me
Even more closer than my veins
And I will never walk alone…….



::Faizalkhamis
::12:03
::Friday,September 11,2009,(21 Ramadhan)

Sunday, July 5, 2009

Such a Beautiful.......

I was in leptospirosis lab that day, reading a magazine when Hui come and disrupt my concentration. Be a practical student, you will not have much work to do sometimes unless if you doing at private company where they pay on what are you doing. So, reading was a part of my activities if I’m feel fed up of doing nothing. Upon looking me reading a magazine, he asked:

What do you read?
-A magazine…
What magazine?
-It’s about muslim and current issues in Malaysia
Is it a magazine published by ABIM?
-No…

That conversation continues for few minutes until I get to know why this 50 years old ummarried Christian man can perfectly proclaim syahadah and also know the meaning of surah Al-Fatihah. 15 years ago, he was searching for the truth of the religion. He learnt about Islam and other religion but then choose Christianity as his faith. He learnt Islam for few months under ABIM (Angkatan Islam Malaysia) programs, which is include learning some basic principles such as how to proclaim syahadah, solat, 5 pillars of Islam and others. At the end, after know many thing about Islam; he rejected to proclaim syahadah when the officer ask him to do so.

The above story perhaps tells us that if Allah doesn’t want to give hidayah to a person, then a person will not get it. This is not a new but there are many people who turn away from Islam even though the have deep understanding on this beautiful religion. You might know Karen Amstrong, an author who write many popular books about Islam and Dr. Maurice Bucaille, the author of the popular book, Quran, Bible and Science(picture), which both of them, in fact of doing many research on Islam, still not embrace Islam( from what I know, Dr. Maurice was not a muslim until his death in 1998).

However, there many non-muslim who embraced Islam after getting shock to know that the holy book, Quran has many interesting information that never found in the other religion’s book. An example, a brother called himself as Baba Ali(picture), an American Muslim, a very popular guy on internet for his dakwah videos. He enthusiast about Islam came a long before September 11.Through the research and discovery on this Islam, he found how amazing this religion especially when we look to the scientific facts within, thus rejected the claim by many Islam-hatred people that Quran was written by Prophet Muhammad (Peace Be upon Him). Of course, al-Quran is not a book of science, but the scientific facts that presented more than 1400 years ago in it, purposely for reminder to man to reflect the greatness of Allah and thus give the full submission to Him.

One of the scientific facts that very important is the way Allah created the universe. For me understanding the early of universe very important because from that we know where the universe and everything inside it came from.

The expansion of the universe has become the greatest discoveries during the 20th century .It is open the window for the scientists to think more than sciences itself .Even the Albert Einstein who before believe that the world is static, at last confessed that the world is constantly expanding each seconds .The expansion of the universe was open the scientists mind to accept the existence of God .Before that, many scientists are believe that the universe is static and it will continue at this condition without end .Even Albert Einstein was tried to find the equation to fixed with this theory, but failed , except he need to make some adjustment to his equation .And at last he said"God not play dice" even though he is atheist .

The first attempted try to prove the expansion of the universe has done by Russian physicist,Alexandra Friednman in 1922 .He produced computations showing that the structure of the universe is not static instead expand .And then another scientist ,George Lemaitre recognize the Frienman’s work and declared that the universe has a beginning and will expanding before come to the end .However, for the few years, this theory was not attracted much attention because no observational evidences.

However , everything has changed in 1929 when an American scientist, Sir Edwin Hubble has made an important discoveries in the astronomy field .Using the big telescope(picture) from the California Mount Wilson observatory, he discovered that their light was shifted towards to the red end of the spectrum and this shifted is directly related to the distance of the stars from the earth .According to the law of physics, the light beams travelling towards the observation point tend towards violet while the light beams travelling away from the observation point tend towards red .So based on the Hubble’s observation,it’s mean that the stars are move forwards from the earth because the colour is red.

Actually, the stars not only move away from the earth but also each other .The expansion of the universe can be explain when you blow the balloon. Lets say that you make many points on the balloon that represent the stars (galaxies) and then you blow it .As the balloon becomes bigger, you can see that the distance between each points are greater.

So, what does it mean?

It mean that the expansion of the universe not caused by the movement of galaxies but the expansion of space .Like the balloon, the point just move because the movement of balloon rubber . One may wonder , how can space in the universe expands? .For this question, we go back to the Einstein’s Relativity Theory which is stated that time and space are not constant .It can change.

So, the expansion of the universe is the good evidence for people to turn back to God .It is because universe has beginning which is mean it is created out of nothing .Created out of nothing means creation and the only One who have power can do all this thing that is God .After the Big Bang, the universe continues to expands until it come to the end .So, the question now where we are going after the universe?.Definitely, we will going to the new world where what will doing in this world will be judge accordingly .The expansion of the universe that has been discovered in last century actually was revealed 1400 years ago when human know a little bit about the universe .It was stated clearly in the muslim’s Holy Book, al-Quran .In the one chapter, sura’ Ad-Dzariyat,verse 47 which means:

it is We Who built the universe with(Our creation) power,and, verily,it is We Who are steadly expanding it.

The key words here are"steadly expanding it" which mean that the universe is expands with the constant rate .This is prove that this Holy Book is really came from the God that is Allah .However, it’s depend to ourselves whether we want to give attention on this revelation or not .The truth has come .If we ignored it just because our arrogant, surely a great torments are waiting us in the hereafter.

p/s: going back to Kedah tonight for a week.

:: Faisal
:: 5:57 pm
:: Sunday, July 05, 2009

Sunday, June 14, 2009

Mahu Cerdik?

Akal merupakan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Dengan akal, manusia menjadikan ianya sebagai panduan dalam melayari hidup di atas muka bumi dan dengannya juga iman, agama dan akhlak manusia akan menjadi sempurna. Begitu banyak hadis yang menyatakan tidak sempurna akhlak, budi pekerti dan iman seseorng tanpa sempurna akalnya.

Sabda Nabi s.a.w, “ Tidak sempura kebaikan budi seseorang sebelum sempurna akalnya. Ketika itu barulah sempurna imannya. Ketika itu juga ia mampu mentaati Allah dan melawan godaan iblis dan syaitan-Riwayat Ibnu Mahbar dari ‘Amr bin Syu’ib.

Secara biologinya, proses kejadian manusia tiada bezanya dengan binatang. Benih Sperma dari air mani bergerak untuk mensenyawakan ovum(gambar).Dari banyak-banyak sperma itu, hanya satu sahaja yang akan berjaya menembusi ovum dan mensenyawakannya(sperma itulah anda).Dari situ terbentuklah satu sel baru yang akan membahagi kepada dua, empat dan seterusnya sehiggalah menjadi gumpalan sel yang dinamakan embro. Dari segumpal darah ini terbentuk pula daging dan seterusnya tulang. Kemudian tulang itu dibalut pula dengan daging sebelum terjadinya makhluk bernama manusia.

Namun, disebalik dijadikan dari air mani yang hina, Allah menganugerahkan manusia dengan akal fikiran , justeru mengangkat manusia di kedudukan yang mulia. Pun begitu, hal tersebut hanyalah benar jika akal tersebut digunakan untuk mencari keimanan, menolong agama Allah dan membentuk akhlak yang mulia. Bagi manusia yang gagal mengunakan akal untuk merenung ciptaan tuhan dan seterusnya mengabdikan diri kepada Allah, sesungguhnya mereka lebih hina dari binatang. Logiknya kerana binatang selaku makhluk Allah yang tidak mempunyai akal tidak berpeluang untuk berfikir dan memilih jalan , tidak seperti mana manusia yang mempunyai pilihan untuk memilih jalan kebaikan dengan menggunakan akal. Firman Allah;
“dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka jahanam itu sebahagian dari golongan jin dan manusia. Mereka terdiri dari golongan yang mempunyai hati tetapi tidak mahu menghayati ayat-ayat Allah.Mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah.Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat dan nasihat Allah.Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang yang lalai- surah al-A’raf:179.

Didalam islam, kecerdikan tidak di ukur dengan dengan kelulusan yang dimiliki atau keputusan ujian IQ yang diperolehi. Jika itu ukurannya, maka mengapa masih ada orang yang bijak pandai tetapi terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan?. Tetapi islam mendefinasikan kecerdikan seseorang dari segi sejauh mana dia berusaha menyelamatkan diri dari kerosakan hidup di dunia ,justeru beroleh kebahagian di akhirat.

Sabda Rasulullah, “Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati- Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.

Dalam sabda diatas Nabi tidak menyatakan orng yang cerdik adalah orang yang kaya, ataupun berpangkat besar, mempunyai banyak ijazah tetapi sebaliknya dengan perkataan yang mudah ‘ orang yang selalu mengingati mati’

Kenapa?
Jawapannya mudah.

Orang yang selalu mengingat mati tahu sesudah kematiannya dia akan melalui alam lain yang semestinya berlainan dengan apa yang dilaluinya di dunia ini. Jika di dunia dia disanjung dan dihormati kenalan-kenalan, berwang dan dapat memiliki apa yang dihajatinya, tetapi di alam itu semuanya itu sudah tidak berguna lagi. Apa yang dimilikinya di dunia tidak dapat menolongnya ketika berhadapan dengan malaikat-malaikat yang sedia menyoalnya atas apa yang dilakukan di dunia. Yang dibawanya hanyalah amalan-amalan mulia yang dilakukan sepanjang perjalanan hidupnya di dunia. Hanya selepas beberapa langkah ahli keluarganya pulang dari perkuburan, malaikat-malaikat mula datang untuk menjalankan perintah Allah. Jika amalannya baik, maka terlepaslah ia dari seksaan dahsyat kubur tetapi jika dia gagal menggunakan peluang hidup di dunia untuk mentaati Allah, maka alam kubur akan menjadi permulaan kepada seksaan. Ya ,permulaan , kerana di neraka nanti banyak lagi pembalasan yang akan diterimanya.

Jadi orang yang selalu mengingati mati akan sentiasa bermuhasabah dengan apa yang dilakukannya dan berusaha untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Dia akan sentiasa melakukan kebaikan kerana dia tahu apa yang dilakukannya akan dibalas kelak oleh Allah s.w.t. Begitulah rationalnya hadis tersebut(pada pandangan saya). Sesungguhnya, mengingati mati adalah satu motivasi.

Melakukan apa yang diperintah Allah lantaran selalu mengingati mati bukan sahaja dianggap cerdik oleh Nabi s.a.w tetapi juga menambahkan akal. Sabda Nabi kepada Abu Darda’,
“Tambahlah akalmu, nescaya hampirlah kamu kepada Allah.” Abu Darda’ bertanya, “Demi ibu dan bapaku, bagaimana caranya aku mendapatnya?’. Jawab Nabi s.a.w, “ Jauhilah larangan-larangan Allah dan tunaikanlah kewajiban-kewajiban sepertimana yang difardhukan-Nya, nescaya kamu akan menjadi orng yang berakal…”-At-Tirmizi.

Jadi, gunakanlah akal semaksimum yang mungkin dalam usaha mencapai bukan sahaja kebahagiaan tetapi juga keselamatan di dunia dan akhirat. Keselamatan di dunia bermakna ketenangan jiwa, kebahagian dan redha dengan apa yang dilaluinya dan keselamatan akhirat ialah terlepas dari seksaan api neraka, dapat melalui titian sirat dengan selamat serta dapat merasai nikmat syurga. Tetapi harus diingat penggunaan akal perlu dibimbing oleh agama. Penggunaan akal sahaja tanpa bimbingan al-Quran dan hadis boleh sahaja menyesatkan seseorang. Lihat sahaja Albert Eistein, orang yang paling bijak di dunia dan Stephen Hawking, manusia cacat yang dikatakan manusia paling bijak selepas Eistein, kedua-duanya menolak untuk berTuhan(Atheist) walaupun pernah mengaku akan kewujudan Tuhan melalui kajian sains yang dijalankan mereka.Mungkin kerana angkuh akan kehebatan akal mereka dalam mempelopori bidang sains.

Tetapi jadilah seperti penceramah terkenal US,Sheikh Yusuf Estate(gambar) dan Prof Dr. Muhammad Al mahdi yang pada usia mudanya merupakan Aithest tetapi memeluk islam setelah melakukan kajian yang terperinci dan melihat kekuasaan Allah melalui al-Quran. Mereka ini adalah golongan-golongan yang telah memanfaatkan sepenuhnya penggunaan akal fikiran.

Sekadar renungan untuk diri sendiri dan anda semua.
Terima kasih ya kerana membaca.
Jumpa lagi.


:: Faisal
:: 10:36 pm
:: Sunday, June 14, 2009